| Kegunaan Klinikal
Moden:
Kajian Di Amerika Syarikat telah membuktikan bagaimana ekstrak atau
buah-buahan Saw Palmetto begitu berkesan dalam melegakan sipmtom
Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) pada bahagian bawah sistem pengaliran
kencing. Simptom BPH termasuk kekerapan dan keinginan kencing yang
sukar dikawal, kesukaran dan kesakitan ketika kencing, kencing tanpa
disedari pada waktu malam dan gangguan pengaliran kencing. Ia juga
digunakan untuk merangsang pertumbuhan rambut, melegakan batuk dan
selsema, masalah kerongkong, lelah, bronkitis kronik, migrain dan
kanser tertentu. Saw Palmetto membantu dalam mengurangkan kolestrol
dan asid lemak dalam sistem pengaliran darah. Kajian terkini di
Eropah telah menunjukkan bahawa Saw Palmetto mampu untuk mengurangkan
saiz prostat dalam simptom BPH sehingga 13 peratus.
Herba Parsley (Petroselinum Sativum)
Kandungan herba ini dapat membantu untuk menghilangkan gemuk air
dan berat lebihan air pada tubuh. Ia mengekalkan dan menjaga kesihatan
kulit dan rambut. Herba Parsley melegakan kesakitan perut dengan
memperbaiki aliran sistem pencernaan serta menghilangkan simptom
alergi dan menghilangkan masalah pernafasan berbau.
Herba Epimedium
Ia adalah tonik seksual yang hebat untuk sistem peranakan (mempertingkatkan
keinginan seks dan merawat kemandulan), dan juga sebagai tonik untuk
menghilangkan keletihan. Ia juga membantu ketidak suburan dengan
mengekalkan paras hormon testosteron dan hormon tiroid. Kajian telah
menunjukan bahawa herba epimedium membantu didalam mengurangkan
kemusnahan sel-sel tulang dan dengan ini menguatkan tulang dan sendi.
Fructus tribulus terrestris
Ia adalah herba sumber alam yang mempertingkatkan paras testosteron
untuk meningkatkan kesuburan lelaki serta membantu simptom kemandulan.
Kajian mendapati bahawa Tribulus terrestris telah meningkatkan jumlah
sperma dan mengurangkan kadar kematian sperma selepas pengambilan
herba terebut selama 30 hari.
Pumpkin Seed (Cucurbita pepo)
Pumpkin Seed telah menjadi gabungan efektif bersama saw palmetto
untuk mengurangkan dan melegakan simptom Benign Prostate Hyperplasia
(BPH) iaitu sejenis barah Prostat. Kajian menunjukan bahawa ia memperbaiki
sistem pundi kencing dan saluran kencing (urethra). Pumpkin seed
telah digunakan untuk merawat masalah aliran kencing dan gastric.
Selain itu ia berperanan mengeluarkan cacing pita dan cacing bulat
daripada usus.
Kesimpulan kesan pengambilan Pronoton
Pengamal-pengamal MayFirst Pronoton akan menikmati dan merasakan
segar dan bertenaga serta ciri-ciri kelakian yang hebat. Mereka
dapat merasai peningkatan kesihatan menyeluruh melalui perubahan
positif terhadap sistem aliran genito-urinari sehingga dapat menikmati
peningkatan dalam daya seksual dan keinginan seks.
Kaedah Pengambilan
Dos rangsangan:
2 biji sehari (sebelah malam, selepas makan) selama 4 hari berturut-turut.
Dos pengekalan kesihatan:
1 biji sehari (sebelah malam, selepas makan) diambil secara berterusan
setiap hari. |