|
Pueraria mirifica adalah herba
Thai yang dikenali sebagai “White kwaaw Kraw” merupakan
tumbuhan semulajadi untuk melambatkan proses penuaan, menopause
dan menggalakkan kecantikan. Ia mengandungi paras estrogen semulajadi
(phytoestrogen) yang tinggi seperti Puerarin, Deoxymiroestrol, Miro
Estrol, Daidzean, Mirifican dan sebagainya. Komponen-komponen ini
telah dikenali sebagai bahan yang mempunyai ciri-ciri anti-oksidan
yang tinggi yang mampu untuk mengawal atur serta mengekalkan fungsi
sistem endokrin (sistem hormon).
Umumnya MayFirst Femaling mengimbangkan rembesan hormon, menggalakkan
aliran darah yang baik dan memperbaiki kadar rembesan estrogen didalam
wanita. Dengan ini ia akan mengekalkan pembentukan kolagen tisu
yang akan menguatkan rupabentuk payudara serta kecantikan peha dan
pinggul secara semulajadi. Stuktur kulit akan menjadi halus, lembut
dan semakin cantik apabila kolagen-kolagen dihasilkan. Phyto-estrogen
juga menggalakan pertumbuhan dan melebatkan rambut, menghalang keguguran
rambut dan beruban, menguatkan tulang, menghilangkan tanda-tanda
kedut kulit muka dan mengentalkan payudara.
Hormone Replacement Therapy (HRT) secara tradisional ialah kaedah
penggantian estrogen didalam tubuh wanita yang telah berkurangan
dengan phyto-estrogen, bertujuan untuk mengawal-atur kesan menopause
dan simptom pengurangan estrogen. MayFirst Femaling mengandungi
kepekatan tinggi sumber asli phyto-estrogen yang mungkin dapat digunakan
sebagai rawatan alternatif, selamat, mudah dan menjimatkan untuk
HRT. Pengamal MayFirst Femaling akan menikmati rupabentuk tubuh
yang menawan, kulit cerah yang sihat dan halus, pembentukan ciri-ciri
kewanitaan yang menarik dan rambut yang lembut, lebat lagi bersinar.
Kelebihan-kelebihan lain:
Terdapat bukti yang menyokong bahawa phytoestrogen di dalam Pueraria
mirifica menyumbang kepada mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
(jantung, darah tinggi, dan sebagainya) malahan phytoestrogen mingkin
dapat menghalang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular
(kencing manis, buah pinggang dan sebagainya).
Kandungan Aktif
Phyto-estrogen di dalam MayFirst Femaling seperti: Puerarin, Deoxymiroestrol,
mori Estrol, Daidzein, Mirificin.
Dos: 1 kapsul 1 kali sehari selepas makan selama 15 hari berturut-turut.
Mulakan pengambilan padahari pertama datang haid. Hendaklah minum
air yang banyak.
Amaran
Ibu mengandung dan sedang menyusukan anak hendaklah mengelak daripada
mengambil produk ini. Wanita yang telah disahkan terdapat tumor
(barah) pada organ sensitif-estrogen seperti ovari, rahim (uterus)
dan payudara hendaklah elak dari mengambil produk ini.
Kombinasi Cadangan
1. Terapi 1 (Berat badan normal)
Femaling- 2 kapsul sehari
Mesmerize - 2 kapsul sehari
2. Terapi 2 (Berat badan berlebihan)
Femaling - 2 kapsul sehari
Mesmerize - 2 kapsul sehari
Chitomonascus - 2 kapsul sehari setengah jam sebelum makan |