Pokok Ginkgo adalah pohon yang tertua hidup didunia. Usianya yang panjang itu disebabkan daya pertahanannya terhadap penyakit dan pencemaran, penyesuaian dan mempunyai ciri-ciri biokimia yang unik. Ciri-ciri perubatan pokok Ginkgo terdapat pada daunnya. Ia telah dicatitkan dalam sejarah herba Cina semenjak 5000 tahun yang lalu dan telah digunakan di negara barat sebagai agen ubat-ubatan semenjak 25 tahun yang lalu. Dinegara Jerman dan Perancis, Ginkgo adalah diantara herba yang sering diberi sebagai ubat-ubatan.

Daun Ginkgo biloba mengandungi bahan anti oksidan yang kuat seperti Flavanoids (Ginkgo Flavon Glycosides) dan Flavanoids (Ginkgolides dan Bilobalides). Glycosides adalah anti oksidan yang sangat kuat. Ginkgolides memperbaiki pengaliran darah dan menghalang pembekuan darah. Bilobalides melindungi sel-sel otok dan merangsang pertumbuhan baru sel-sel saraf yang telah rosak.

 

 

Kajian Klinikal terhadap Ginkgo Biloba

Ekstrak standard Ginkgo biloba meningkatkan pengaliran darah ke sel-sel otak hingga ke hujung-hujung jari tangan serta kaki termasuk telinga. Mengelak saraf pusat daripada rosak apabila berlakunya kekurangan oksigen ke tisu-tisu tubuh, contohnya sel-sel otak apabila berlakunya angin ahmar (stroke).


Kelembapan pengaliran darah ke dalam otak akan menyebabkan pengurangan oksigen didalam otak. Keadaan ini ditunjukkan melalui simptom-simptom seperti kesewelan (absent mindedness), kekurangan tenaga, kelesuan dan keletihan, kekeliruan, tekanan fikiran, kegelisahan, pengurangan aktiviti fizikal, tinnitus (bunyi dering didalam telinga), sakit kepala, migrain, sukar menumpukan perhatian dan pengurangan daya ingatan. Semua simptom-simptom tersebut sering dilihat pada orang dewasa dan orang-orang tua.

Ujian luaran menggunakan sekumpulan sukarelawan mendapati Ginkgo biloba amat berkesan didalam memperbaiki motivasi individu, gangguan mental, keganasan, sifat berang (mudah marah) dan kelesuan. Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung Koronori, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Ginkgo membantu di dalam rawatan penyakit kerosakan tisu retina untuk memperbaiki penglihatan disebabkan penyakit kencing manis dan katarak.

Ekstrak Ginkgo biloba dapat memperbaiki pengaliran darah bagi melegakan kesakitan ketika haid, senggugut bengkak salur darah pada bahagian betis wanita (interminttend claudication) dan orang-orang tua. Ia telah digunakan dengan jayanya didalam rawatan penyakit nyanyuk (Alzheimer's Disease) dan penyakit pelupa (Senile Dimentia).

MayFirst Ginkgo Plus juga mengandungi saw palmetto, pumpkin seed, herba epimedii dan fructus tribulus terrestris untuk memberi kesan menyeluruh kepada lelaki.

Dos: 2-3 kapsul 2 kali sehari.

Kombinasi Cadangan:

1. Terapi 1 (Berat badan normal)
Ginkgo Plus - 2 kapsul sehari
Pronoton - 2 kapsul sehari

2. Terapi 2 (Berat badan berlebihan)
Ginkgo Plus - 2 kapsul sehari
Pronoton - 2 kapsul sehari
Chitomonascus - 2 kapsul sehari setengah jam sebelum makan