MayFirst Manjasuci Feminine Wash adalah pembersih yang amat lembut dan selamat, tanpa menyebabkan kekeringan dan iritasi pada bahagian intim wanita. Mengandungi manjakani sebagai bahan aktif utama dan diperhebatkan lagi dgn ekstrak sireh, aloe vera dan Vitamin E yang dapat membantu mengekalkan pH alat sulit disamping mengekalkan flora semulajadi di bahagian ini sekaligus dapat mengelakkan jangkitan mikroorganisma.

Sirih
Daun sirih telah lama digunakan kerana kesan antiseptiknya yang dapat mengelakkan jangkitan bakteria dan yis. Kajian juga membuktikan sirih mengandungi tannin yang merupakan sejenis antioksidan yang dapat membantu memperkukuhkan struktur kolagen serta memperbaiki lapisan epidermis kulit yang seterusnya dapat membantu melambatkan proses penuaan sel. Di samping itu, ia juga mempunyai sifat perangsang imun untuk menentang jangkitan dan meningkatkan kesihatan kulit.

Aloe Vera
Aloe Vera sangat terkenal sebagai salah satu tumbuhan yang boleh memulihkan luka dan menyembuhkan penyakit berkaitan dengan kulit. Dikenali sebagai “Lily of the Desert” yang telah berkurun lama digunakan oleh orang Arab, Mesir dan India untuk merawat kesan lecur, jangkitan kuman dan parasit. Kajian yang dijalankan sejak 1930-an mendapati Aloe Vera membantu dalam pertumbuhan semula tisu-tisu yang rosak.

Vitamin E (Tocopherol)
Vitamin E adalah anti oksida yang berkesan dapat melindungi sel-sel daripada pengoksidaan, dan meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel. Di samping itu, Vitamin E juga mampu membantu dalam pembentukan sel-sel baru, seterusnya membantu dalam proses pemulihan luka. Ia juga dapat membantu dalam mengurangkan kesan parut atau kesan gelap pada bahagian alat sulit wanita.

Cubalah MayFirst Manjasuci hari ini dan hayatilah perasaan baru anda sebagai seorang wanita yang penuh pesona!